Subuh itu tidak sesempurna subuh lain.. Bukan kerana Sayyidi Habib tiada mewarnai Subuh kami.. Namun Sayyidi Habib tetap teguh di situ, mewarisi sifat baginda Nabi sallallahualayhiwasallam iaitu harisun terhadap Ummah.. tidak ditinggalkan kami tanpa pedoman pegangan, sehinggakan walaupun terpaksa menghantar Ummah di hadapan pintu Syurga!. Sehinggapun harus menangis kerana dosa yang dilakukan tangan-tangan Ummah!.
Subuh itu berbaur keharuan. Lebih syahdu kerana disaksikan ruh sekian para malaikat, ruh ahli Badar & ruh ahli Kisa'.. Ruh sekelian alam menyertai dan menyaksikan..
Sayyidi Habib tidak seperti subuh-subuh yang lain. Tampaknya Subuh ini memang ditunggu. Subuh ini Sayyidi Habib berpakaian serba hijau -warna yang Baginda Nabi sallallahualayhiwasallam sangat suka..
Rupanya subuh ini subuh perpisahan bagi mereka yang akan berangkat awal. Kerana daurah ke 18 ini sudah melabuhkan tirainya, mengangkat sedikit demi sedikit bendera perpisahan. Namun, perpisahan fillah. Perpisahan jasad bukan barzakh. Perpisahan sementara kerana bakal bertemu di akhirat sana..
Mari sama-sama saksikan Sayyidi Habib bersama sahabat-sahabat daurah ke-18..

0 comments:
Post a Comment