Bismillahirahmanirahim..
Jun 2012. Detik yang memberi kesan besar kepada penulis, juga kepada sesiapa pun yang pernah menjejak kaki ke bumi ini. Bumi yang dipenuhi Nafahat Arrahman. Sungguh, di bumi ini sesiapa pun akan terjumpakan sesuatu yang bisa dibawa pulang. Dibawa pulang ke tempat asal, ataupun dibawa pulang ke Daerah Abadi.
Iaitu Daerah Hakiki-apabila seorang hamba bertemu Tuhannya.
Bumi ini bagi sesiapa yang pernah memijaknya pasti tidak akan pernah lupa sentuhan yang menyentuh kalbu. Sentuhan yang menggali kekotoran hati lalu dibawa keluar dari gelas hati. Sehingga mungkin bisa melihat hakikat, namun itu semua adalah kerja Tuhan yang membahagi-bahagikan kenikmatan satu keakraban dengan Tuhan bagi yang dikehendaki oleh-Nya. Sebagai hamba, kita harus berusaha mencari dan sering kembali kepada Allah, dengan harapan agar Allah akan memberikan kebaikan yang diberikan kepada Para PencintaNya dan kepada Para WaliNya. InsyaAllahu taala.
Cerita akan bersambung pada post seterusnya.. Sama-sama kita berkongsi pengalaman sebagai satu ilmu baru agar sesuatu perkara baru yang baik itu dapat diamalkan dan mendapat bahagaiannya di sisi Tuhan.
Insya Allahu taala...

0 comments:
Post a Comment