Ramadan Kareem. Suatu kebahagiaan menjadi seorang musleem apabila diberi pelbagai hadiah dan sale untuk perbanyakkan pahala yang berlipat ganda. Promosi dan tawaran yang tidak didapati daripada agama lain. Pastinya dalam Islam. Dengan malam Lailatul Qadar. Dengan sebermulanya bulan Rejab, Syaaban maka Ramadan, manusia sudah mula mencari fitrah diri untuk kembali. Sudah mula merasakan kedekatan dengan Allah.
Juga di sini. Tentu sekali semuanya menanti bagaimana Ramadan di tempat yang memiliki Nafahat. Tidak kering doa-doa daripada Habib dan Hubabat agar dijadikan kita daripada kalangan khawas khawas ahli ramadhan. Yang dipilih selepas dipilih. Mustofa mujtaba!.
Kerana yang mengunjungi ramadan itu pelbagai ragamnya. Pelbagai ahwalnya. Seperti memasuki sebuah madrasah atau sekolah. Andaikata masuk tanpa niat, azam, tekad dan kecekalan maka keluarnya dengan sebuah kegagalan. Sebaliknya, jika permulaan cemerlang, takharujnya cemerlang gemilang terbilang. Pasti seseorang dapat membezakan ahwalnya ketika masuk dan keluar daripada madrasah Ramadan, apakah menjadi lebih baik atau sama bahkan lebih teruk daripada sebelumnya -waiyazubillah!-
Kali ini 2 sekolah pada satu masa, sekolah tarbiyah. Sekolah Ramadan dan Sekolah Tareem.
Indah pengalaman itu. Ketika menyambut Ramadan, pastinya Tarawikh yang memaniskan waktu. Berimamkan Sayyidi Habib yang berhimmah tinggi ketika beribadat. Mengkhatamkan Al-Quran berkali-kali sepanjang Ramadan termasuk majlis khatam yang diadakan setiap minggu menjadi suatu kebiasaan di Dar ini.
Semuanya sudah bertukar. Rutin Syaaban dahulu kepada rutin Ramadan. Malam-malam kami sepanjang Ramadan tidak dijadualkan untuk tidur malah diisi dengan pengajian dan qiyamulail. Mula-mula sangat sukar untuk menyesuaikan diri. Tidurnya selepas waktu syuruk. Namun lama kelamaan berkat azam dan himmah para habaib dan hubabah yang cergas dan sentiasa menepati hudur bersama kami pada waktu malam menjadikan pelajar daurah juga berhimmah mengisi majlis-majlis pengajian dan sof-sof solat..
Makanan juadah berbuka juga dirindui. Nasi hadramaut bersama kambing menjadi makanan harian kami. Menunggu halaqah makan penuh lebih kurang 6-7 orang, barulah kami akan mulai membaca doa. Juga ditekankan disini berkhidmat sesama yang lain. Bersama-sama menyediakan juadah berbuka, dan mengemas dapur Dar menjadi rutin pelajar Dar. Tiada beza antara kami. Semua adalah pelajar Dar ini!.
Halaqah Al-Quran juga semakin rancak diadakan. Disana-sini orang sibuk menjamu juadah berbuka kerana ingin mendapat pahala lebih. Kelas-kelas tafaqquh berkaitan dengan hukum hakam puasa semakin mendapat tempat. Dan pelbagai lagi suasana yang menarik di bulan Ramadan.
Tidak terlepas pandang, sambutan sempena peristiwa Badar. Sayyidi Habib menunggu waktu yang sama ketika baginda Nabi sallallahualayhiwasallam dulu mengumpulkan para sahabat waktu syuruk demi mengishytiharkan kemenangan Badar. Sayyidi Habib tidak henti mengatakan bahawa hari ini adalah hari kemenangan. Memberi ucapan kata-kata hikmah yang membuka hati pendengarnya menyampaikan terus kepada Allah.
Sehingga satu masa, pada waktu yang sama, Sayyidi Habib memanjatkan doa tuluss diraikan alam. Allah Arrahman AlHayy Al Qayyum bertajalli.. untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya untuk memakbulkan harapan umat baginda sallallahualayhiwasallam...
Subhanallah!. Allahuakbar!.
Semoga Allah membersihkan kita dan menyampaikan kita ke hadrat Tuhan!

0 comments:
Post a Comment