Assalamualaikum.. salam tahiyyah ahli syurga kepada sahabat-sahabat semua
Sama-sama kita berpesan-pesan kepada ketaqwaan, kepada kesabaran, dan kepada qaul yang haq..
Sama-samalah melazimi pagi kita dengan sebuah Muhasabah.. Sesungguhnya Hamba yang menghisab diri dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang tidak disukai, Allah akan permudahkan hisabnya di akhirat kelak -hasil hisab yang dilakukan kerana Allah ketika di dunia dahulu.
Apalagi setelah seseorang sudah melazimi agama Allah dengan ketaatan? Ia adalah iltizam dengan segala macam bentuk kesempurnaan yang boleh menambahelok diri; seperti berfikir & berzikir. Adapun suatu perkara yang sia-sia haruslah dikurangkan, kerana walaupun ianya mubah akan bertukar menjadi haram kerana adanya permulaan mempermudah-mudah sesuatu perkara.
Jadikan ADAB perhiasan diri kerana ia akan menyampaikan kita kepada Allah. ADAB sesama makhluk, ADAB sesama Khalik. Termasuk perkara yang terlintas di hati -yang hanya Allah sahaja dapat membacanya- haruslah dibersihkan dan dihiasi dengan ADAB..
Lazimi Husnu Zhon terhadap Allah kerana Allah bersama zhon hamba terhadapNya.
Hati tempat jatuh pandangan Allah.. Maka seharusnya perkara yang perlu mendapat perhatian adalah Sang Hati. Biarkan ia sakit. Namun jangan biarkan ia tidak dirawati. Penyakit hati adalah fitrah dan gharizah, namun yang teruk adalah apabila seseorang tidak berusaha mengubati. Sedangkan usaha yang dilakukan untuk membersih hati adalah suatu Mujahadah yang menjanjikan pahala daripada Allah.
kelompok :
"Allah kasihkan mereka dan mereka kasihkan Allah
bersikap lembut terhadap mukmin dan bersikap tegas penuh 'izzah terhadap kuffar" Al MAidah
Ya Allah datangkan kepadaku, dalam episod hidupku,
insan-insan yang membantu perjalananku menujuMu..
Kalau tiada, cukuplah Dikau menjadi Pembimbing Perjalanan MenujuMu Ya Allah...

0 comments:
Post a Comment