Sahabat, Kautahukah?
Air mataku untuknya?
Jahilnya aku!
Mengeras-ngeraskan jiwa
Berhati-hati menyerahkannya
Buat-buat tidak tahu
Jual mahal!
Padahal ia telah lama,
Mencurahkan kasih,
Menebarkan hikmah,
Menawarkan ukhwah,
Tidak berhenti
Mengulas senyuman.
Bendunglah
Jiwaku yang rindu membasah
Namun berkata waktu
Terlewat kau untuk mencintanya.
Pagi itu,
Dalam keramaian yang menunggu,
Hanya aku, dan kau,
Berpakaian serba hitam..
Hanya bila tiba insan terakhir
yang kulambaikan
Baru kurasakan hati ini
Berdegup kencang
Terjelopok jatuh dari awan
Kini kuharus melangkah keluar..
Ya Allahhh,
Apakah rasa-rasa itu..
Seperti sedang harus berpisah
Daripada seorang ibu.
Ya, dia adalah ibu!
Sangat penuh simpati
Pada dunia & akhiratku..
Padahal baru malam tadi
Aku,
Kau,
Mereka..
Berbumbungkan langit
Bersaksikan bukit-bukit
Di sutuh bangunan ini
Merautkan senyum ceria
Kaulantunkan pada dunia
Lagu kecintaan pada baginda
Aku haru
Dan alam menyertai kita!
Cukuplah biji kurma menjadi ingatan
Tangganya menjadi kira-kira
Memorinya jadi zikir
Ajarannya sebuah amal
Dan CINTAnya
Inspirasi sebuah sujud
Itulah sebuah kecintaan yang terlewat
untuk Dar ini...
*terima kasih Allah atas gerimis yang turun pagi mulia Jumaat ketika terpaksa berpisah
dengan bumi para Awliya' dan segala isinya.
Ketika suara Sayyidi Habib sayup-sayup mewida'kan kami dari Dar yang semakin jauh meninggalkan..
Ampunkan setiap kesalahan kami sepanjang keberadaan kami di bumi Tarim,
semasa kami menumpang di bumi para kekasihMu..
Andai tidak memberi haknya, andai mencuaikan adab
Andai tidak beramal dengan amal yang terbaik sepertimana yang diajarkan.
Janganlah jadikan ia satu dosa mahupun penghalang untuk kami berada
semakin dekat denganMu setelah ia diistighfarkan..
Kami bersyukur,
Atas segala takdirMu,
Manis pahit berada di Dar ini adalah tiap teguran dan pengajaran
Yang kami kutip sebagai pengembara bumiMu
sama ada pengembara bumi Tarim
mahupun pengembara bumi yang bernama Dunia..
Iringi kami dengan sebuah keampunan, kemuliaan dan penerimaan,
Ketika perlu kami berpisah satu hari nanti daripada alam ini..
Dan menuju alam satu lagi..
Jadikan maut itu sentiasa mengekori kami,
Setelah ia pernah hadir (hadharal maut)
Jangan berikan ia daripada berhenti
Menjadi takirah kepada sebuah kehidupan, Tuhan!
***

0 comments:
Post a Comment