Alhamdulillahh!. Selepas pelbagai liku. Menunggu giliran untuk menaiki kapal terbang berlepas ke bumi itu. Selepas pelbagai perbincangan. Mahu naik bas atau naik kapal ke sana? Mahu menggunakan jalan darat atau jalan udara? (ketika itu disebabkan cuaca- pasir memenuhi langit yang bakal menganggu penerbangan) Akhirnya kami menaiki Yemenia Airways tidak pun sampai 6 jam sudah dijemput untuk memasuki bumi Tareem.
Kebetulan Allah mendatangkan seseorang 'khadim' (orang yang berkhidmat) kepada para habib di Darul Mustafa untuk menyertai kami ketika terkandas, sering mengingatkan kami untuk mula beramal dengan doa safar yang akan memudahkan safar seseorang. Mengamalkan dengan penuh khusyuk dan keyakinan bahawa Allah akan memudahkan supaya Dia sendiri akan menjadi Khalifah semasa safar.
![]() |
| Darul Mustafa |
Ketika itu, ikhwah dan akhwat dipisahkan. Ikhwah dibawa oleh sebuah tremco ke Darul Mustafa sallallahualayhiwasallam (nisbah kepada sayyidina baginda) dan akhwat yang seramai 4 orang dibawa ke Darul Zahraa (nisbah kepada sayyidatina fatimah azzahraa).
Maka.... bermulalah detik menjadi Pelajar Darul Zahraa pada saat itu.
Bagaimanakah kehidupan di sana nanti..? Bagaimanakah keadaan Darul Zahraa..?
Samakah keadaan di Mesir..?
Inilah pintu depan Darul Zahraa (tidak dibenarkan mengambil foto disana)
![]() |
| Pintu hadapan Darul Zahraa |



0 comments:
Post a Comment