![]() |
Siapa sayang Nabi? Mesti memiliki SIWAK..!
صلاة بسواك أفضل من سبعين صلاة بغير سواك |
Solat bersiwak lebih baik daripada 70 solat tanpa siwak.
Dulu kita laung-laungkan sayang Nabi, dulu kita rasa sudah mutabaah Nabi..
Namun rupanya belum lagi. Namun rupanya kasihan diri, ketinggalan ketika insan lain sudah lama mutabaah Nabi dengan sempurna...
Masuk ke musolla (markas utama pembersihan diri sepanjang di Dar ini) pasti akan nampak semua berpakaian solat yang berwarna-warni yang diberi nama gamis. Namun ada yang lebih menarik apabila diselitkan batang siwak di baju solat masing-masing.
Qubail solat didirikan masing-masing akan bersugi. MasyaAllah!. Suatu yang aneh pada mulanya namun memberi satu keinsafan dalam diri bahawa siapakah diri yang mengaku cinta namun masih belum beramal dengan sunnah baginda.
Dan ada hadis lain menyebut Kalaulah bukan kerana tidak mahu menyusahkan umat baginda, sudah lama baginda mewajibkan siwak tiap kali sebelum menunaikan solat.
Sunnah Nabi sallallahualayhiwasallam yang terakhir sebelum baginda wafat adalah SIWAK. Betapa iltizamnya baginda dengan sekecil-kecil sunnah. Mengapa? Kerana siwak membersih mulut, dan mewajibkan keredhaan Allah kepada pengamalnya (hadis)
Wah, betullah ayat Al Quran yang berbunyi :
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah sesungguhnya itu termasuk dalam
ketaatan hati.
Perkara yang kecil andai tidak diagungkan apatah lagi yang besar-besarnya?
Maka, mari kawan-kawan kita perbanyakkan batang siwak di almari, di katil, di tandas di kocek baju dan di mana-mana supaya dapat mengagungkan syiar kecil ini.
Ada yang kata siwak menjauhkan kita daripada syaitan. Untuk elak batang siwak daripada hilang dan dilupakan letak di mana perbanyakkannya. Nabi sebelum tidur pun mengamalkannya. Sudah cukup tarikan untuk mengamalkan siwak?
Sekadar coretan yang tidak dapat dilupakan :
penulis : ...akak, kita ambil wuduk teruslah sekarang.. lepas tu kita makan & solat?
pelajar Dar (Yaman) : Dik, sekali nantilah berwuduk selepas makan?
penulis : ...ermm.. *bingung
pelajar Dar : Nabi kan berwuduk selepas makan makanan yang dimasak dengan api (sebagai perkara yang mustahab) -sambil tangannya mencubit pipi dan tersenyum memberi pengajaran
penulis : owhh ok... sambil tersenyum kagum lalu malu..
(astagfirullahh dengan diri yang jauh ketinggalan rasa sayang pada baginda)

0 comments:
Post a Comment